29 Disember 2009

SAMBUTAN TAHUN BARU 2010

31.12.2009 MERUPAKAN HARI TERAKHIR.
TAHUN 2009 MELABUHKAN TIRAINYA. BANYAK PERISTIWA
SUKA DUKA TELAH DILALUI. BANYAK PERKARA
DAPAT DILAKSANAKAN DAN TAK KURANG JUGA YANG
MASIH BELUM MAMPU DIJADIKAN REALITI.
BANYAK ORANG YANG BERDUKACITA, BANYAK PERISTIWA
YANG MENYAYAT HATI DAN MEMILUKAN, BANYAK YANG
BERLAKU SEPERTI KEJADIAN TANAH RUNTUH, KEMALANGAN NGERI,
GEMPA BUMI DI KUALA PILAH, IA MERUPAKAN PETANDA
INGATAN ALLAH KEPADA KITA SEMUA.
BIARLAH KEDATANGAN TAHUN BARU 2010 KALI INI DI SAMBUT
BERLAINAN DARI TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA.
KEDATANGAN 2010 INI AKAN MENJADIKAN KITA SEMAKIN DEWASA,
SEMAKIN MATANG DALAM APA JUA HAL.


BERSEMPENA SAMBUTAN TAHUN INI, PADA 31.12.2009,
AJK MASJID, JKKK GEMENCHEH LAMA, JKKK JELAWAI,
JKKK AIR RAWA DAN UMNO CAWANGAN MENGUBAH
TRADISI SAMBUTAN SEBELUM INI. KALI INI SAMBUTAN DIADAKAN
DI MASJID, DIMULAKAN DENGAN BACAAN YASSIN
DAN DIIKUTI BACAAN TAHLIL DAN SEDIKIT
JAMUAN SELEPAS SOLAT ISYAK.

TURUT HADIR DALAM MAJLIS TERSEBUT ADALAH
DATO NASHARUDDIN, TIMBALAN KETUA BAHAGIAN UMNO TAMPIN,
PUAN HAJAH ZAINAB, EXCO KERAJAAN NEGERI SEMBILAN
MERANGKAP ADUN GEMAS.
SEMOGA KEDATANGAN TAHUN INI AKAN BERTAMBAH
KEMAJUAN DAN KEJAYAAN DUNIA LEBIH-LEBIH LAGI KEJAYAAN
DAN KESELAMATAN DI AKHIRAT.

28 Disember 2009

CERAMAH MAAL HIJRAH 1431







MAJLIS CERAMAH SEMPERNA MAAL HIJRAH TAHUN 1431H
TELAH DIADAKAN DI MASJID INI DENGAN KERJASAMA
FELCRA ULU ROKAN. MAJLIS INI TELAH DIADAKAN PADA
25.12.2009 SELEPAS SOLAT MAGHRIB.

PENCERAMAH YANG TELAH DI UNDANG IALAH
USTAZ NASHARUDDIN BIN ALI.
BELIAU ADALAH PENASIHAT AGAMA KEPADA MAS.

SECARA KEBETULAN BELIAU JUGA MERUPAKAN ANAK JATI
GEMENCHEH, BERASAL DARI KAMPUNG SUNGAI JERNIH.






22 Disember 2009

18 Disember 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1431H



SALAM MAAL HIJRAH 1431H
“MEMANTAP UKHUWAH, MEMPERKASA UMMAH”

BERSEMPERNA DENGAN KEDATANGAN TAHUN BARU HIJRAH TAHUN
INI SEPERTI KEBIASAAN TAHUN YANG SEBELUMNYA, MASJID TELAH
MENGADAKAN BACAAN YASSIN, BACAAN DOA AKHIR TAHUN DAN
JUGA DOA AWAL TAHUN.

TIBANYA TAHUN BARU BERERTI BERTAMBAH UMUR DAN SEMAKIN
DEKAT DENGAN USIA KEMATIAN. KITA KENA MENYAKINI BAHAWA
KEMATIAN TIDAK AKAN BERUBAH WALAU SESAAT. DI SINI KITA
KENA BANYAK MENGHISAB DIRI SEJAUH MANA
PERSIAPAN KITA MENHADAPI KEMATIAN INI.

NAZIR, AJK, PEGAWAI MASJID DAN SEMUA AHLI QARIAH
MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH
SEMUGA KETIBAANNYA KALINYA AKAN MENAMBAHKAN RASA
KEIMANAN DAN KETAQWAAN KITA KEPADA ALLAT SWT.

MAAF ZAHIR BATIN …… AMIN

17 Disember 2009

SEMINAR PENGUATKUASAAN SYARIAH PEGAWAI MASJID DAERAH TAMPIN / REMBAU 2009

SEMINAR INI MELIBATKAN SEMUA PEGAWAI-PEGAWAI MASJID SELURUH DAERAH TAMPIN DAN REMBAU.
MASJID JAMEK GEMENCHEH TELAH DIWAKILI OLEH NAZIR, IMAM 1, IMAM 2 DAN SIAK.
SEMINAR INI DIADAKAN SEPERTI BERIKUT:
TARIKH : 15 DISEMBER 2009
HARI : SELASA
TEMPAT : DEWAN MAJLIS DAERAH TAMPIN
ANJURAN BERSAMA PEJABAT AGAMA ISLAM TAMPIN DAN REMBAU
OBJEKTIF PROGRAM:
  • MEMBERI KEFAHAMAN KEPADA PESERTA BERKENAAN ENAKMEN YANG DIKUATKUASAKAN.
  • MEMBERI PENDEDAHAN DAN PEMAHAMAN BERKAITAN KAEDAH YANG BETUL SEMASA MENJALANKAN TUGAS SEPERTI YANG TERMAKTUB DI DALAM ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 2003.
  • PESERTA DAPAT MEMAHAMI DAN MENGETAHUI HAL-HAL LAIN YANG BERKAITAN DENGAN AMANAH YANG DIBERIKAN SEPERTI HAD KUASA, HAK-HAK YANG DIBERI ATAU SEBAGAINYA.
  • PADA AKHIR SEMINAR, PARA PESERTA DAPAT MEMAHAMI SEGALA PROSEDUR TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PEGAWAI MASJID YANG HARUS MEREKA IKUTI SEPANJANG MENJALANKAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH DI DALAM MEMAKMURKAN QARIAH MASING-MASING.

HADITH RASULULLAH SAW BERMAKSUD:

" BARANGSIAPA MELIHAT SESUATU KEMUNGKARAN, HENDAKLAH

DIA MENCEGAH DENGAN TANGANNYA (KUASA), JIKA TIDAK MAMPU,

GUNAKANKANLAH DENGAN LISAN (PERKATAAN), JIKA TIDAK

MAMPU JUGA, GUNA DENGAN HATI DAN ITULAH

SELEMAH-LEMAH IMAN"

AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR

BERSAMA MENCEGAH JENAYAH SYARIAH

11 Disember 2009

MAAL HIJRAH 1431



Assalamualaikum…

Kita sememangnya wajib bersyukur kepada Allah SWT Yang telah memberikan banyak kenikmatan kepada kita dan seandainya kita diminta menghitungnya, pastinya kita tak akan mampu melakukannya. Dan, kenikmatan yang terbesar yang diberikan kepada kita, iaitu Islam. Dan kewujudan kita sebagai orang yang beragama Islam. Sebab, ramai orang yang diberi kenikmatan hidup, tetapi tidak semuanya mahu memeluk Islam. Tetapi, kenikmatan yang lebih besar lagi, yang diberikan kepada kita ialah wujudnya dakwah Islam dan orang-orang yang memikulnya, sehinggalah Islam ini sampai kepada kita. Dua perkara inilah yang tidak semestinya kita lupakan. Iaitu, dakwah Islam dan orang-orang yang memikulnya, sehinggalah Islam itu sampai kepada kita.

Oleh itu, sangat munasabah apabila Hijrah baginda Rasulullah SAW diperingati sebagai suatu peristiwa sejarah yang paling penting dalam kehidupan dakwah rasulullah SAW. Yang di sini, kita peringati setiap tahunnya dengan nama "Maal Hijrah". Mengapa peristiwa Hijrah baginda Rasulullah SAW ini merupakan peristiwa yang sangat penting?

Pertama, dakwah Rasulullah SAW apabila masih berada di Makkah, telah melalui masa-masa yang sangat sulit. Terutama setelah RAsulullah SAW diperintahkan Allah untuk menyampaikan Islam secara terbuka kepada masyarakat Makkah, dan menunjukkan bahawa baginda tidak bersendirian, melainkan ada jamaah yang menyertainya, setelah Allah menurunkan surah al-Hijr:94: "Maka sampaikanlah secara terbuka apa yang diperintahkan kepada kamu, dan tentanglah orang-orang musyrik itu."

Setelah ayat ini turun, tepatnya setelah Umar bin Khattab dan Hamzah bin Abdul Muthallib memeluk Islam, maka Rasulullah SAW memulakan dakwah secara terbuka. Baginda, kemudian melakukan tawaf mengelilingi Ka'bah, yang diikuti oleh para sahabat. Sejak itu, para sahabat dan pengikut baginda, termasuklah baginda sendiri, setiap hari menerima penyiksaan daripada penguasa Makkah, dan orang-orang kafir Quraisy.

Pernah baginda sedang solat berhampiran Kaabah, leher baginda diikat oleh Uqbah bin Abi Mu'ait, sehingga baginda tidak dapat bernafas, sampai akhirnya baginda ditolong oleh Abu Bakar. Pada masa yang lain, apabila baginda sedang solat, tengkuk leher baginda dipukul oleh Uqbah bin Mu'ait, sehingga baginda pengsan, dan akhirnya ditolong oleh Fatimah. Puteri baginda itu menangis, sedih, melihat nasib ayahanda tercintanya dianiaya oleh orang-orang kafir. Bukan baginda sahaja yang mengalami nasib buruk seperti itu, malahan keluarga Yasir telah disiksa, sehinggalah Sumayyah meninggal dunia sebagai syahidah pertama.

Setelah penganiayaan secara fizikal tidak mampu menggoyahkan keteguhan para pemikul da'wah ini, maka orang-orang kafir itu telah merancang untuk mengasingkan baginda SAW dan para pengikutnya. Maka, terjadilah rancangan jahat itu selama lebih kurang 3 tahun. Baginda dan para sahabat hidup di sebuah lembah dalam keadaan kekurangan makanan, pakaian, pekerjaan, rumah dan diusir dari Makkah. Dan setelah itulah, baginda meminta para sahabat untuk meninggalkan Makkah menuju ke Habbasyah (Ethiopia-Afrika) untuk mencari perlindungan kepada Raja Najasyi, dengan maksud untuk mempertahankan agama mereka dari serangan secara berterusan yang dilakukan oleh orang-orang kafir.

Maka, orang-orang kafir juga tidak mahu tinggal diam, sehinggalah mereka menyampaikan maklumat-maklumat yang mengelirukan di luar negeri, untuk mengusir kembali kaum muslimin yang berhijrah ke sana. Orang-orang kafir tersebut berusaha untuk mengadu domba Raja Najasyi dengan kaum muslimin, yang akhirnya tidak berjaya.

Sedangkan baginda Rasulullah SAW dan beberapa sahabat masih duduk di Makkah. Justeru menjadikan tindakan orang-orang kafir semakin biadab kepada baginda SAW. Sehingga baginda berfikir untuk mencari perlindungan, kerana dakwah Islam tidak mungkin lagi disebarkan kepada orang-orang Makkah. Baginda pada masa itu cuba berhijrah ke Taif, untuk mencari perlindungan kepada Bani Tsaqif, yang akhirnya malah baginda diusir dengan cara tidak sopan. Baginda dilempari dengan batu dan kotoran, sehingga tubuh baginda berlumuran darah dan kotor. Sehinggakan Zaed bin Haritsah menangis, melihatkan keadaan baginda yang sangat menyedihkan itu.

Baginda, mencuba untuk masuk kembali ke Makkah, meskipun baginda tahu bahawa baginda akan dibunuh, apabila berada disana. Maka, baginda berusaha mencari perlindungan kepada Mut'im bin Adi, salah seorang tokoh pemuda Makkah. Dan beliau sanggup melindungi keselamatan baginda SAW dan dakwah baginda. Sejak itulah, baginda berada dalam perlindungan Mut'im bin Adi.

Sejak itu, baginda selalu mendatangi kabilah-kabilah yang datang ke Makkah untuk menyampaikan dakwah Islam yang baginda bawa. Meskipun risikonya sudah jelas sekali bagi baginda, sebagaimana sumpah baginda: "Demi Allah, seandainya mereka boleh meletakkan matahari di tangan kananku, dan bulan di tangan kiriku, aku tetap tidak akan meninggalkan urusan dakwah ini, sehingga ia dimenangkan Allah, atau aku dibinasakan dalam usaha untuk menuntutnya."

Maka, baginda SAW, tetap tidak takut, dan terus-menerus berdakwah, meskipun pada masa itu tidak satu kabilah pun yang menerima. Pernah baginda menyampaikan dakwah ini kepada kabilah Amru bin Sa'sa'ah, yang pada awalnya bersedia menerima seruan dakwah Rasulullah SAW, namun dengan syarat bahawa kepemimpinan setelah baginda mestilah diserahkan kepada kabilah Amru bin Sa'sa'ah, namun hal ini dijawab dengan tegas oleh baginda: "Sesungguhnya perkara (kekuasaan kepimpinan) ini merupakan hak Allah, yang akan Dia serahkan kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki."

Setelah jawapan itu disampaikan oleh Rasulullah, baginda langsung diusir dari khemah kabilah Amru bin Sa'sa'ah. Inilah keadaan dakwah dan keteguhan baginda dan para sahabat dalam menyampaikan dakwah Islam. Setelah semuanya itu, Allah memberikan pertolongan dengan dipertemukannya baginda saw. dengan orang-orang Aus dan Hazraj yang datang untuk berhaji ke Makkah. Maka, apabila mereka mendengarkan seruan Rasul untuk mengimaninya, mereka langsung menerimanya, dan setelah itulah terjadi Bai'at Aqabah I, yang dilakukan di bukit Aqabah. Dan ini merupakan titik awal perkembangan dakwah Rasulullah saw. yang pertama, sehinggalah dakwah Islam ini sampai ke Yasrib, (nama Madinah sebelum dirubah oleh baginda saw)

Setelah rombongan Aus dan Hazraj kembali ke Madinah, mereka meminta Nabi saw. untuk mengirimkan orang agar mengajarkan Islam kepada mereka di sana. Ketika itulah, baginda mengirim Mus'ab bin Umair. Salah seorang sahabat Rasulullah, yang sebelumnya merupakan pemuda yang kaya raya, tetapi lebih memilih hidup sederhana bersama Rasulullah. Mus'ablah yang menyampaikan pelajaran Al-Quran kepada penduduk Madinah, sehingga beliau mendapat gelaran sebagai Muqriul Madinah.

Dan ternyatalah dakwah Islam yang disampaikan oleh Mus'ab dan orang-orang Aus dan Hazraj yang telah memeluk Islam itu berjaya merubah public opinion penduduk Madinah, sehinggalah semua orang memperkatakan tentang Islam. Akhirnya, bilangan orang yang menyertai Islam menjadi semakin ramai, sehingga mereka mula melaksanakan solat Jemaah yang pertama kalinya di sana.

Berita ramainya penduduk Madinah yang menyertai Islam ini telah menyenangkan hati Rasulullah saw. dan para sahabat yang masih menyertai baginda di Makkah. Dan untuk membuktikan kesiapan Madinah sebagai pusat tegaknya dan pengembangan Islam, maka baginda meminta Mus'ab untuk mengirimkan mereka ke Makkah. Maka, berangkatlah pada musim haji berikutnya, seramai 75 orang. 73 orang terdiri daripada lelaki, dan 3 orang lainnya adalah perempuan. Mereka kemudian sampai di Makkah dan bertemu langsung dengan Nabi, menyatakan sumpah setia yang dikenal dengan Bai'at Aqabah II. Bai'at ini juga dikenal sebagai sumpah setia untuk hidup dan mati demi Islam. Yang juga merupakan penyerahan kekuasaan orang-orang Madinah kepada Nabi untuk menjadi Ketua Negara Islam. Dan inilah yang mendorong baginda untuk berhijrah ke Madinah.

Kedua, hijrah Rasulullah saw. ke Madinah bukan untuk melarikan diri, atau menyelamatkan diri dari ancaman orang-orang kafir. Tetapi untuk menegakkan Islam, sehingga Islam ini menjadi agama dan ideologi yang boleh disebarkan ke seluruh dunia, untuk menyelamatkan dunia daripada kehancuran. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT. dalam surat At-Taubah: 33 /Al-Fath: 28 /As-Shaf: 9, "Dialah Yang mengutus Rasul-Nya dengan (membawa) petunjuk dan agama yang haq, agar Dia memenangkan agamanya, keatas agama-agama yang lainnya."

Maka, tanpa hijrahnya Rasulullah ke Madinah, Islam tidak akan pernah sampai kepada kita di Malaysia. Sebab, tidak pernah wujud negara Islam yang menyebarkan dakwah ke seluruh dunia. Tetapi dengan hijrahnya baginda saw. ke Madinah, maka sejak masa itulah negara Islam berdiri untuk yang pertama kalinya di Madinah, dan sejak itulah Islam disebarkan dengan dakwah dan jihad ke seluruh dunia. Sehinggalah Islam berkembang dengan cepatnya ke seluruh dunia, yang dimulakan dengan penaklukan wilayah Hejaz (622-632 M.) semasa baginda saw. kemudian secara berterusan, wilayah Syam di taklukkan semasa Umar bin Khattab. Sehinggalah Islam masuk Eropah, setelah beberapa wilayahnya ditaklukkan pada tahun 696-705 M. pada masa Khilafah Ummayah. Pada masa yang sama, Islam juga telah sampai di Russia. Dan pada tahun 712, Islam telah sampai di Asia Tenggara.

Tetapi memandangkan pentingnya peristiwa Hijrah Rasulullah saw. ini, maka sememangnya peristiwa ini bukan sekadar menjadi peringatan, melainkan lebih daripada itu. Peristiwa Hijrah tersebut, justeru wajib dijadikan pelajaran, bahawa Islam menjadi agama kita, dan sampai kepada kita bukan merupakan peristiwa kecil, tetapi merupakan peristiwa besar. Kalau bukan kerana pengorbanan Rasul dan para sahabat yang tidak kecil itu, pastilah Islam ini tidak akan sampai ke hari ini. Dan kalau bukan kerana wujudnya orang-orang yang sanggup hidup dan mati demi Islam ini, tentulah Islam ini tidak sampai ke hari ini. Dan kalau bukan kerana wujudnya orang-orang yang rela mengorbankan harta, keluarga dan nyawa mereka, pastinya Islam tidak akan wujud hingga ke hari ini.

Dan oleh itu, kita semua berhutang kepada mereka. Dan kita tidak dapat membayarnya, sebab mereka bukan meminta ganjaran daripada kita. Tetapi, mereka menegakkan Islam dengan seluruh pengorbanan mereka, kerana mereka telah menjual diri mereka kepada Allah, yang jiwa, harta dan semua yang mereka korbankan itu telah dibeli oleh Allah dengan syurga-Nya.

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman itu, diri dan harta mereka, bahawa mereka akan diberi (imbalan) syurga." (Q.s. At-Taubah: 111)

Saat ini, ketika ini Islam telah kehilangan generasi terbaiknya yang sanggup menjual diri, harta dan nyawanya kepada Allah untuk mendapatkan syurga-Nya, dengan menegakkan Islam. Dan inilah yang menyebabkan hilangnya cahaya petunjuk Islam, setelah runtuhya Khilafah Islamiyah, Turki Othmaniyah, pada 3 Mac 1924. Setelah itu, negeri kaum muslimin berterusan mengalami musibah. Lihatlah bagaimana krisis Palestin, Kossovo, Indonesia dan Iraq.

Islam ketika ini memerlukan generasi yang sanggup mengorbankan diri, harta serta nyawa mereka untuk menegakkannya. Kerana sekiranya tanpa itu, Islam mustahil kembali berjaya diperingkat antara bangsa, seperti pada masa baginda dan para sahabat hingga 13 abad kemudian. Maka, semuanya terpulang kepada keimanan dan ketaqwaan kita semua. Tetapi yang wajib diyakini, bahawa syurga dan neraka itu adalah abadi. Syurga merupakan puncak kenikmatan yang tidak diberikan secara percuma oleh Allah kepada manusia. Kerana itu, semakin tinggi pengorbanan kita, maka semakin besar kenikmatan kita di akhirat kelak. Dan sebaliknya. Akhir kata semoga kita termasuk di antara orang-orang yang sanggup memberikan pengorbanan yang tertinggi demi Islam, semata untuk mencari ridha Allah dan syurga-Nya.

Wallahu a'lam.

27 November 2009

PENGERTIAN QURBAN

Meh kiter sesamer mengingati diri...InsyaALLAH


Pengertian Qurban

Dari segi bahasa, qurban bermaksud sesuatu yang dikorbankan kerana Allah subhanahu wata‘ala.
Dari sudut syara‘, qurban bermaksud menyembelih binatang yang tertentu pada masa-masa yang tertentu dengan niat mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wata‘ala.
PENSYARI‘ATAN DAN HIKMAHNYA

Qurban telah disyari‘atkan pada tahun kedua hijrah sama seperti ibadah zakat dan sembahyang Hari Raya.


Firman Allah subhanahu wata‘ala:

{ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ }

Maksudnya:
“Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan sembelihlah qurban (sebagai tanda syukur)”
(Surah Al-Kauthar 108:2)

Hikmah disyari‘atkan qurban ialah sebagai tanda bersyukur kepada Allah subhanahu wata‘ala di atas segala nikmatNya yang berbagai dan juga di atas kekalnya manusia dari tahun ke tahun.


Ia juga bertujuan menjadi kifarah bagi pelakunya, sama ada disebabkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan ataupun dengan sebab kecuaiannya dalam menunaikan kewajipan di samping memberikan kelegaan kepada keluarga orang yang berqurban dan juga mereka yang lain.


Qurban tidak memadai dengan menghulurkan nilai harganya, berbeza dengan ibadah zakat fitrah yang bermaksud memenuhi keperluan golongan fakir, Imam Ahmad dikatakan menyebut amalan menyembelih qurban adalah lebih afdhal daripada bersedekah dengan nilai harganya.

HUKUM MELAKUKAN QURBAN

Hukum melakukan qurban ialah sunnah mu’akkadah bagi sesiapa yang mampu melakukannya.
Sabda Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam yang bermaksud:
“Aku diperintahkan agar menyembelih qurban dan ia sunat bagi kamu”
(Riwayat Tirmizi)



PEMBAHAGIAN IBADAH QURBAN

Terdapat dua jenis qurban iaitu qurban wajib dan qurban sunat.

Qurban Wajib
Qurban Nazar.

Contohnya apabila seseorang menyebut, “Kerana Allah wajib ke atasku berqurban seekor kambing atau seekor unta ini” ataupun dengan menyebut, “Aku jadikan kambing ini sebagai qurban”
Sama sahaja hukumnya dalam hal sama ada yang menyebutnya itu seorang yang kaya ataupun seorang fakir.

Binatang yang dibelikan untuk tujuan qurban oleh seorang fakir. Apabila seorang fakir membeli seekor kambing dengan niat untuk diqurbankan, maka ia menjadi wajib. Ini kerana membeli dengan tujuan berqurban oleh seseorang yang tidak wajib melakukannya dikira wajib kerana perbuatan ini dikira sebagai satu nazar.

Qurban Sunat

Qurban sunat ialah qurban yang dilakukan oleh seseorang yang berkemampuan melakukannya sama ada miskin ataupun yang bermusafir, yang tidak berniat nazar atau membeli dengan tujuan qurban.

SYARAT-SYARAT QURBAN

Syarat qurban dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:

Syarat Wajib/Sunat Qurban.
Syarat Sah Qurban.
Syarat Mereka Yang Dituntut Berqurban.


Syarat Wajib/Sunat Qurban

1. Untuk dijadikan ibadah qurban wajib ataupun sunat adalah disyaratkan dia mampu melaksanakannya.

2. Orang yang dianggap mampu ialah mereka yang mempunyai harga untuk binatang qurban yang lebih daripada keperluannya dan keperluan mereka yang di bawah tanggungannya untuk hari raya dan hari–hari tasyrik kerana inilah tempoh masa bagi melakukan qurban tersebut.

3. Kedudukannya sama seperti dalam masalah zakat fitrah, mereka mensyaratkan ia hendaklah merupakan yang lebih daripada keperluan seseorang juga keperluan mereka yang di bawah tanggungannya pada hari raya puasa dan juga malamnya sahaja.

Syarat Sah Qurban

Hendaklah binatang yang diqurbankan itu tidak mempunyai sebarang kecacatan yang menyebabkan kekurangan kuantiti dagingnya ataupun menyebabkan kemudharatan terhadap kesihatan. Contohnya cacat yang teruk pada salah satu matanya, berpenyakit yang teruk, tempang atau kurus yang melampau.

Hendaklah qurban itu dalam masa yang tertentu iaitu selepas sembahyang Hari Raya Haji pada 10 Zulhijjah hingga sebelum terbenam matahari pada akhir Hari Tasyrik iaitu pada 13 Zulhijjah.


Hendaklah disembelih oleh orang Islam.


Orang yang berkongsi mengorbankan unta atau lembu tidak lebih dari tujuh orang di mana masing–masing menyumbang 1/7 bahagian.
Syarat Mereka Yang Dituntut Berqurban

Islam.
Merdeka.
Aqil Baligh.
Bermukim atau Musafir.
Berkemampuan.


WAKTU PELAKSANAAN IBADAH QURBAN

Waktu bagi menyembelih qurban bermula setelah selesai sembahyang Hari Raya dan bacaan khutbahnya iaitu setelah naik matahari sekadar segalah. Masanya berterusan siang dan malam sehingga Hari Tasyrik yang akhir iaitu sebelum terbenam matahari pada hari tersebut. Ini berdasarkan hadis Nabi yang diriwayat oleh Al-Barra’ bin ‘Azib :
“Perkara pertama yang kita mulakan pada hari ini ialah bersembahyang, kemudian kita balik dan melakukan penyembelihan qurban. Sesiapa yang melakukan demikian maka dia telah menepati sunnah kami. Sesiapa yang menyembelih sebelum itu, maka ia merupakan daging yang disediakan untuk ahli keluarganya. Ia tidak dikira sebagai ibadah khas (qurban) ini sedikit pun.”

BINATANG QURBAN

Perbincangan tentang binatang qurban ini meliputi empat perkara :

Jenis binatang yang diqurban.
Umur binatang qurban.
Kadar binatang yang disembelih.
Sifat–sifat binatang qurban.
1. Jenis Binatang Yang Diqurban
Para ulama’ sependapat bahawa ibadah qurban tidak sah kecuali dengan menggunakan binatang an‘am, iaitu binatang jinak yang berkaki empat seperti unta, lembu dan kerbau, kambing biri–biri dan semua yang termasuk dalam jenisnya, sama ada jantan atau betina. Oleh itu, tidak sah berqurban dengan menggunakan binatang yang lain daripada binatang an‘am ini seperti kerbau liar dan kijang.

Firman Allah subhanahu wata‘ala:
{ وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكًا لِّيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَى مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ اْلأَنْعَمِ }
Maksudnya:
“Dan bagi tiap-tiap satu umat, Kami syari‘atkan ibadah menyembelih qurban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka: binatang-binatang ternak yang disembelih itu.”
(Surah Al-Hajj 22:34)

Tidak terdapat sebarang dalil sama ada yang dinaqalkan daripada Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam atau sahabat yang menunjukkan mereka berqurban dengan binatang selain daripada binatang-binatang ternakan (an‘am) ini. Oleh kerana qurban merupakan satu ibadah yang dikaitkan dengan binatang, maka ia hanya ditentukan kepada binatang an‘am sahaja sama seperti ibadah zakat.


Adapun binatang yang lebih afdhal diqurban ialah unta diikuti dengan lembu kemudian biri-biri atau kibasy kemudian kambing. Ini memandangkan kuantiti dagingnya yang lebih banyak bagi maksud pengagihan yang lebih meluas untuk fakir miskin.


Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam juga telah bersabda yang bermaksud:


“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat dengan mandi junub, kemudian dia pergi (ke Jumaat) maka dia seolah-olah telah berqurban seekor unta. Sesiapa yang pergi pada saat kedua maka dia seolah-olahnya berqurban dengan seekor lembu. Sesiapa yang pergi pada saat ketiga maka dia seolah-olah berqurban dengan seekor kibasy yang bertanduk.”

2. Umur Binatang Qurban

Umur binatang yang hendak diqurbankan berbeza-beza mengikut jenis binatang iaitu:

Unta disyaratkan telah berumur lima tahun dan masuk ke umur enam tahun.
Kambing dan lembu disyaratkan telah berumur dua tahun dan masuk ke umur tiga tahun.
Kibasy disyaratkan telah memasuki umur dua tahun.
Bagi anak unta, lembu, kambing dan kibasy yang telah berumur dua tahun lebih (yang telah bersalin gigi) harus dijadikan qurban.

3. Kadar Binatang Yang Disembelih
Para fuqaha’ bersepakat mengatakan bahawa seekor kambing atau kibasy hanya mencukupi sebagai qurban untuk seorang sahaja. Seekor unta atau lembu pula mencukupi untuk menjadi qurban bagi tujuh orang. Ini berdasarkan hadith Jabir:

“Kami berqurban bersama Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam semasa di Hudaybiyah dengan seekor unta atau seekor lembu untuk tujuh orang.”

Dalam riwayat Muslim pula menyebut :
“Kami keluar bersama Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam dan kami berniat Haji. Maka Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam telah memerintahkan kami supaya berkongsi mengurbankan seekor unta atau seekor lembu. Setiap tujuh orang berkongsi seekor unta.”

4. Sifat–Sifat Binatang Qurban

Sifat–sifat binatang qurban sama ada betina atau jantan yang digariskan oleh syara‘ adalah seperti berikut:

Terang penglihatannya iaitu tidak buta.
Tidak cacat seperti kudung kaki, putus ekornya, terpotong hidungnya atau sebagainya.
Gemuk, tidak harus pada binatang yang terlalu kurus.
Ciri-ciri yang afdhal terdapat pada binatang qurban itu:
Gemuk pada keseluruhan anggotanya.
Bertanduk.
Putih warna bulunya (pada kibasy).
Jantan.
Sifat yang makruh pada binatang qurban:

Rabit telinganya.
Terpotong sedikit bahagian belakang atau depan telinganya.
Tidak mempunyai tanduk sejak asalnya.
Patah tanduk sebelah atau keduanya atau pecah bahagian tanduknya.
Tanggal sebahagian giginya disebabkan tua atau jatuh.
Kabur penglihatannya.


PERKARA SUNAT KETIKA BERQURBAN

Sunat menambat binatang yang hendak diqurbankan itu beberapa hari sebelum disembelih.
Digantung tanda pada binatang yang hendak diqurbankan.
Dibawa dengan baik dan ihsan ketika ke tempat penyembelihan.
Disunatkan juga orang yang berqurban menyembelihnya.
Sunat dihadapkan ke arah qiblat ketika menyembelih qurban.
Sunat memilih binatang yang paling gemuk, terelok dan terbesar untuk dijadikan qurban.
Sunat digunakan alat yang paling tajam dan diperbuat daripada besi.
Setelah selesai disembelih maka sunat ditunggu sehingga binatang yang disembelih itu sejuk dan semua anggota tidak bergerak lagi.
Sunat bagi mereka yang mahu melakukan qurban tidak bercukur dan tidak memotong kukunya setelah tiba bulan Zulhijjah sehingga telah selesai berqurban.
Binatang qurban sunat dibaringkan di atas rusuk kiri sebelum dilakukan penyembelihan.

Sunat ketika sembelihan qurban dilakukan adalah seperti berikut:
Membaca basmalah.
Bersalawat ke atas Nabi Muhammad.
Binatang diarahkan ke arah qiblat.
Bertakbir sebelum atau selepas membaca basmalah.
Berdoa.

12. Orang yang berqurban hendaklah membaca doa seperti berikut :

“Ya Allah, ini adalah nikmat yang datang dariMu dan dengannya aku mohon untuk dapat mendampingiMu.”

13. Sunat wakil yang melakukan sembelihan menyebutkan orang yang mewakilkannya seperti:

“Dengan nama Allah dan Engkau Yang Maha Besar, ini daripadaMu dan untukMu. Terimalah Ya Allah daripada si pulan, si pulan.....”

PERKARA MAKRUH KETIKA BERQURBAN

Berlaku kasar kepada binatang yang hendak diqurbankan seperti mengheret atau memukul semasa membawa ke tempat sembelihan atau seumpamanya.


Memerah susu atau menggunting bulu atau mengambil sebarang faedah dari binatang yang hendak dijadikan qurban.


Tidak menghadapkan ke arah qiblat semasa sembelihan dilakukan
.
Bercukur atau memotong kuku setelah tiba bulan Zulhijjah hingga penyembelihan qurban selesai dijalankan.


Binatang yang telah dibeli untuk tujuan qurban adalah makruh dijual kerana ia telah ditentukan untuk qurban.


HUKUM DAGING QURBAN

Qurban yang wajib iaitu yang dinazarkan ataupun yang ditentukan sama ada dengan menyebut, “Ini adalah qurban”, maka orang yang berqurban tidak boleh memakannya. Dia wajib menyedekahkan semuanya sekali.


Anak kepada binatang qurban yang ditentukan juga, perlu disembelih seperti ibunya, tetapi bezanya ia boleh dimakan kesemuanya oleh tuan yang mengurbankannya kerana disamakan dengan hukum susu, kerana tuannya harus meminum susu binatang qurban yang selebih daripada anaknya walaupun perbuatan itu makruh.


Bagi qurban sunat, maka tuannya sunat memakannya, iaitu yang afdhalnya dia hendaklah memakannya beberapa suap sebagai mengambil berkat. Ini bersesuaian dengan firman Allah subhanahu wata‘ala:
{ فَكُلُواْ مِنْهَا وَأَطْعِمُواْ الْبَآئِسَ الْفَقِيرَ }
Maksudnya:
“Dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang qurban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.”
(Surah Al-Hajj, 22:28)

Hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi pula ada menyebut bahawa Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam telah memakan sebahagian daripada hati binatang qurbannya. Hukum memakan daging qurban pula tidak wajib, ini berdasarkan firman Allah subhanahu wata‘ala:
{ وَالْبُدْنَ جَعَلْنَهَا لَكُم مِّن شَعَآئِرِ اللَّهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ }
Maksudnya:
“Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syi‘ar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu.”
(Surah Al-Hajj, 22:36)

Dalam ayat ini Allah menjelaskan bahawa ia dijadikan untuk kita. Setiap perkara yang dijadikan untuk manusia, maka dia diberi pilihan sama ada mahu memakannya atau tidak.

Orang yang berqurban juga boleh menjamu kepada kalangan yang kaya, tetapi tidak boleh diberi milik kepada mereka. Yang boleh cuma dihantar kepada mereka sebagai hadiah yang mana mereka tidak akan menjualnya atau sebagainya
.
Mengikut pendapat dalam qawl jadid, orang yang berqurban boleh memakan sebahagian daripada qurbannya. Mengikut qawl qadim pula harus memakan sebanyak separuh, manakala bakinya hendaklah disedekahkan.


Sebahagian ulama’ berpendapat daging qurban dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 1/3 daging disedekahkan dalam keadaan mentah, 1/3 daging dimasak dan dibuat jamuan dan 1/3 daging dimakan oleh orang yang berqurban.


Pendapat yang asah pula, adalah wajib bersedekah dengan sebahagian daripada daging qurban walaupun sedikit kepada orang Islam yang fakir walaupun seorang. Walaubagaimanapun, yang lebih afdhal hendaklah disedekahkan kesemuanya kecuali memakannya beberapa suap untuk mengambil keberkatan seperti yang telah dijelaskan.


Bagi qurban sunat pula, orang yang berqurban boleh sama ada bersedekah dengan kulit binatang tersebut atau menggunakan sendiri, seperti mana dia harus mengambil faedah daripada binatang itu semasa hidupnya. Tetapi bersedekah adalah lebih afdhal. Bagi qurban yang wajib pula, kulit binatang itu wajib disedekahkan.


Qurban juga tidak harus dibawa keluar dari negeri asalnya sebagaimana yang ditetapkan dalam masalah membawa keluar zakat.


© Jabatan Mufti Negeri Melaka ~ ambik dari sini.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1430H

ALLAH HU AKHBAR, ALLAH HU AKHBAR, ALLAH HU AKHBAR

KEPADA SEMUA PEMBACA, SEMUA AHLI KARIAH DAN KEPADA SESIAPA SAHAJA SEMUGA DI HARI RAYA INI DAPAT KITA BERMAAFAN DI ANTARA SATU SAMA LAIN. BUANGKAN BENCI DAN DENDAM, MUGA KITA MAJU, BAHAGIA DAN BERJAYA.

DIKESEMPATAN YANG ADA INI, SAYA DAN AJK SERTA PEGAWAI-PEGAWAI MASJID MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1430H. JIKA ADA TERSALAH BAHASA, TERLANJUR KATA DAN APA JUA JENIS KESALAHAN, SAYA MEMOHON KEMAAFAN, SEMOGA KITA KEMBALI KEPADA FITRAH MANUSIA YANG BAIK-BAIK BERSEMPENA HARI RAYA AIDILADHA INI SEPERTI BERMAAF-MAAFAN DI ANTARA SATU SAMA LAIN. BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH.

SEMUGA KEDATANGAN AIDILADHA INI AKAN MENAMBAHKAN IMAN DI DADA, RAHMAT DAN KASIH SAYANG ALLAH.

Jika kesilapan semalam belum terampun "MAAFKANLAN"

Jika kesilapan hari ini menyakitkan hati "LUPAKANLAH"

Jika kesilapan hari esok mendatang "JANGANLAH" di bawa ke akhirat.

"Hidup ini indah jika masih ada rasa kemaafan dalam menyambut aidiladha ini"

Mohon maaf zahir dan batin.

Daripada Nazir, AJK dan semua pegawai Masjid.

18 November 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN ASNAF DAERAH TAMPIN














HARI BERTEMU PELANGGAN BAITULMAL MAINS
DAN MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN ASNAF
DAERAH TAMPIN (DUN GEMENCHEH)

MAJLIS INI TELAH DIADAKAN PADA
17, NOVEMBER 2009 BERSAMAAN DENGAN
29 ZULKAEDAH 1430
ANJURAN BAITUMAL DAERAH TAMPIN, MAJLIS AGAMA ISLAM
NEGERI SEMBILAN DENGAN KERJASAMA
MASJID JAMEK GEMENCHEH.


SERAMAI 108 ORANG PENERIMA BANTUAN TERDIRI DARI KARIAH MASJID KAMPUNG SRI ASAHAN, MASJID SRI GEMENCHEH, MASJID JAMEK GEMENCHEH, MASJID KAMPUNG AIR RAWA, MASJID KAMPUNG SUNGAI KEPONG, MASJID KAMPUNG BATANG ROKAN, MASJID KAMPUNG ULU ROKAN, MASJID KAMPUNG TENGAH DAN MASJID KAMPUNG GEDOK.



SEBELUM PENYAMPAIAN BANTUAN, SATU CERAMAH
TELAH DISAMPAIKAN OLEH YANG BERBAHAGIA
TUAN HJ NORAZAMIR BIN HJ ALIAS,
TIMBALAN MUFTI KERAJAAN NEGERI SEMBILAN


MAJLIS PERASMIAN PENUTUP DAN PENYAMPAIAN
BANTUAN TELAH DISEMPURNAKAN
OLEH YB DATO' MOHD KAMIL BIN ABDUL AZIZ,
ADUN KAWASAN GEMENCHEH.

SELAIN MAJLIS PENYAMPAIN BANTUAN,
PERKHIDMATAN PEMEREKSAAN KESIHATAN OLEH
PASUKAN KESIHATAN DARI PEJABAT KESIHATAN
TAMPIN TELAH DIADAKAN PADA HARI BERKENAAN.


PAMERAN DAN PERKHIDAMATAN PENERANGAN
TURUT DIADAKAN OLEH PIHAK BAHAGIAN PENGUATKUASA
JABATAN AGAMA ISLAM NS, BAITULMAL,
PERBADANAN WAKAF NS, PUSAT ZAKAT DAERAH TAMPIN
DAN PUSAT KAUNSELING MAINS CAWANGAN TAMPIN.


TURUT HADIR DALAM MAJLIS TERSEBUT
ADALAH KETUA-KETUA KAMPUNG DAN
NAZIR-NAZIR MASJID BERKENAAN.


MAJLIS DIAKHIRI DENGAN JAMUAN MAKAN TENGAHARI

15 Oktober 2009

SUMBANGAN BAKAL HAJI 1430H

RUKUN ISLAM KE LIMA,
MENUNAIKAN HAJI KE MEKAH MEMANG MENJADI IMPIAN
SETIAP INDIVIDU MUSLIM. REZEKI DAN KETENTUAN ALLAH,
KEUPAYAAN KEWANGAN DAN FIZIKAL JUGA MENJADI
PENENTU UNTUK SAMPAI KESANA.
BERAPA RAMAI ORANG YANG BERUPAYA DAN
BERKEMAMPUAN TETAPI MEREKA TIDAK JUGA
BERKESEMPATAN SAMPAI KESANA.
SEMPERNA MUSIM HAJI TAHUN INI, 3 KELUARGA DARI
KARIAH MASJID INI TELAH MENDAPAT PELUANG
KE TANAH SUCI MEKAH. MEREKA ADALAH
ENCIK KAMALUDDIN BIN TULOK YANG JUGA
MERUPAKAN KETUA KAMPUNG GEMENCHEH LAMA
DAN ISTERINYA. TUAN HJ SAID BIN RATIN DAN ISTERI
SERTA ENCIK ABDULLAH BIN OMAR DARI
TAMAN MIHIBBAH DAN ISTERINYA.
MAJLIS MERAIKAN MEREKA TELAH DIADAKAN
DI MASJID JAMEK DENGAN BACAAN YASSIN DAN TAHLIL
SERTA SEDIKIT SUMBANGAN.
TUAN HJ SAID DAN ISTERI SERTA ENCIK ABDULLAH
BIN OMAR DAN ISTERI AKAN BERTOLAK PADA 21.10.2009.
MANAKALA ENCIK KAMALUDDIN BIN TULOK DAN
ISTERINYA AKAN BERTOLAK PADA 26.10.2009.
KAMI MENDOAKAN MEREKA AKAN SELAMAT SAMPAI
DAN DAPAT MENYEMPURNAKAN HAJI (HAJI MABRUR)
DENGAN BAIK DAN JUGA SELAMAT PULANG KE SINI SEMULA.
AMIN...........




17 September 2009

SELAMAT BERPUASA DAN MENYAMBUT HARIRAYA AIDILFITRI

SELAMAT BERPUASA DAN JUGA MENYAMBUT HARI
RAYA AIDILFITRI 1340H DARIPADA NAZIR, AJK,
PEGAWAI DAN SEMUA WARGA KARIAH MASJID JAMEK
GEMENCHEH (KG GEMENCHEH LAMA DAN JELAWAI).
MOHON KEMAAFAN KEPADA
SEMUA ANDAINYA BANYAK KESALAHAN
DAN KESILAPAN SERTA TERLANJUR KATA.
SEMOGA KITA PANJANG USIA DAN BERTEMU SEKALI
LAGI DENGAN RAMADHAN YANG AKAN DATANG.
KALAU DILAPEK SEBESAR KUKU, KALAU DI BENTANG
SEBESAR ALAM, KALAU HILANG DI CARI, KALAU
HANYUT DI PINTAS, KALAU TENGGELAM DI SELAM,
DATANG BIAR NAMPAK MUKA, KALAU PERGI BIARLAH
NAMPAK BELAKANG, JAUH DI PANGGIL,
DEKAT DI GAMIT, SEUNTAI SALAM SEJAMBAK KATA,
DEGUP BICARA MENGHIRIS RASA.
MAAF DI PINTA ........
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN.

MAJLIS PENUTUP SEMARAK RAMADHAN 1430 H








MAJLIS PENUTUP SEMARAK RAMADHAN PERINGKAT DAERAH TAMPIN ANJURAN BERSAMA PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH TAMPIN, SEPULUH BUAH MASJID TERPILIH BERSAMA DENGAN E-REHAL TRAINING & SERVICES SDN BHD TELAH DIADAKAN DIMASJID JAMEK GEMENCHEH PADA 13.09.2009 BERSAMAAN DENGAN 23 RAMADHAN 1430H.


PROGRAM DIMULAKAN PADA 9.00 PAGI DENGAN MOTIVASI RAMADHAN "SEHARI BERSAMA ANAK YATIM". PROGRAM INI DIHADIRI OLEH KANAK-KANAK BERUMUR ANTARA SEMBILAN HINGGA TUJUH BELAS TAHUN. SERAMAI 24 ORANG KANAK-KANAK TERLIBAT. SEBAHAGIAN BESAR MEREKA ADALAH ANAK-ANAK YATIM.


ANTARA ATURCARA PROGRAM INI ADALAH MOTIVASI RAMADHAN,AMALI IBADAH - SOLAT SUNAT DUHA, TADARUS AI QURAN, TAYANGAN VIDEO, KUIZ DAN PERMAINAN. PROGRAM INI BERAKHIR PADA JAM 5.30 PETANG.


SELEPAS PROGRAM MOTIVASI RAMADHAN BERAKHIR, MAJLIS QHATAM ALQURAN PERINGKAT DAERAH BERMULA JAM 6.00 PETANG. KIRA-KIRA 60 ORANG PESERTA MENYERTAINYA.


KETIBAAN YB DATO' MOHD KAMIL BIN ABD AZIZ, ADUN KAWASAN GEMENCHEH JAM 6.45, SETERUSNYA MENYAMPAIKAN SUMBANGAN UNTUK FAKIR MISKIN, ANAK-ANAK YATIM, OKU DAN WARGA EMAS BAGI KARIAH MASJID JAMEK GEMENCHEH. WANG PERUNTUKAN ADALAH DARI TABUNG KHAS MASJID JAMEK YANG DIKUMPUL SELAMA SATU TAHUN. MEREKA MENERIMA SUMBANGAN WANG TUNAI BAGI MERINGANKAN BEBAN MENYAMBUT AIDILFITRI.

DIIKUTI MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT MAGHRIB. MAJLIS PERASMIAN PENUTUP TELAH DISEMPURNAKAN OLEH YB DATO' MOHD KAMIL BIN ABD AZIZ SERTA PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN QHATAM AL QURAN UNTUK 10 BUAH MASJID YANG TERLIBAT.

16 September 2009

MAJLIS SERAH / TERIMA VAN








MAJLIS SERAH TERIMA VAN TERPAKAI SUMBANGAN DARIPADA
TELEKOM MALAYSIA BERHAD TELAH BERJALAN DI SEKSYEN 17
SHAH ALAM PADA 10. 09. 2009. NAZIR MASJID JAMEK
ENCIK SHARIN BIN YAACOB
MENERIMA BAGI PEHAK MASJID JAMEK GEMENCHEH.
VAN INI TERLEBIH DAHULU PERLU DI UBAHSUAI UNTUK DIJADIKAN
SEBAGAI VAN JENAZAH. KOS PENGUBAHSUAIAN DIANGGARKAN
BERJUMLAH RM9,000.00.
IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK AHLI KARIAH DAN JUGA
KARIAH BERDEKATAN
PIHAK MASJID BERHARAP JIKA ADA SESIAPA YANG INGIN
MENYUMBANG UNTUK MENAMPUNG JUMLAH TERSEBUT BOLEH
BERHUBUNG DENGAN NAZIR MASJID. SEMUGA SUMBANGAN
TERSEBUT MENJADI IBADAH
YANG DAPAT MENYELAMATKAN KITA DUNIA DAN AKHRAT.

07 September 2009

SUMBANGAN HARI RAYA





BERSEMPERNA DENGAN BULAN PUASA DAN JUGA SAMBUTAN
HARI RAYA AIDILFITRI YANG BAKAL MENJELANG TIBA TIDAK
LAMA LAGI, TRADISI MEMBERI SUMBANGAN KEPADA MEREKA
YANG MEMERLUKAN TELAH MENJADI AMALAN DARI DULU LAGI.



INI TIDAK TERKECUALI DI KAMPONG GEMENCHEH LAMA, TAMPIN, NS. UMNO CAWANGAN, JKKK DAN MASJID JAMEK GEMENCHEH TURUT SAMA-SAMA MENYUMBANGKAN SUMBANGAN BERUPA HAMPER KUIH RAYA DAN WANG TUNAI.
SEMUA SUMBANGAN DIHANTAR KESETIAP BUAH RUMAH.
SEJUMLAH 24 BUAH RUMAH DENGAN 30 ORANG PENERIMA
TELAH MENERIMA SUMBANGAN. PROGRAM INI DIMULAKAN
SELEPAS SOLAT ASAR. PENERIMA SUMBANGAN TERDIRI
DARIPADA ORANG KURANG UPAYA, WARGA EMAS, FAKIR MISKIN
DAN ANAK-ANAK YATIM.


SUMBANGAN TELAH DISAMPAIKAN BERSAMA OLEH ENCIK NASARUDDIN, KETUA UMNO CAWANGAN GEMENCHEH LAMA YANG JUGA TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN TAMPIN, ENCIK KAMARUDDIN PENGERUSI JKKK DAN EN SHARIN SELAKU NAZIR MASJID JAMEK GEMENCHEH




23 Ogos 2009

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

PERMULAAN RAHMAT
PERTENGAHANNYA KEAMPUNAN
PENGHUJUNGNYA PENYELAMAT API NERAKA.
  • MAJLIS PELANCARAN DAN SEMINAR SEMARAK RAMADHAN 1430 / 2009M DAERAH TAMPIN TELAH DILANCARKAN PADA 20 0GOS 2009 BERSAMAAN 29 SYAABAN 1430H DI PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH TAMPIN.
  • OBJEKTIF PROGRAM IALAH UNTUK MENINGKATKAN KEPERIHATINAN UMAT ISLAM TERHADAP BULAN RAMADHAN SEBAGAI BULAN ILMU DAN IBADAH, MENDIDIK MASYARAKAT ISLAM MENYAMBUT RAMADHAN DENGAN CARA YANG TERBAIK DAN MEMUPUK BUDAYA CINTAKAN ILMU, IBADAH DAN SEDEKAH.

SEPULUH BUAH MASJID TELAH DIPILIH DI PERINGKAT AWAL INI IAITU:

MASJID JAME' TUNKU BESAR TAMPIN

MASJID KERU

MASJID JAME' GEMENCHEH

MASJID BUKIT ROKAN UTARA

MASJID KAMPUNG TENGAH

MASJID SUNGAI DUA

MASJID BUKIT JALOR

MASJID JAME' PEKAN GEMAS

MASJID FELDA JELAI 2

MASJID FELDA PASIR BESAR.
  • ANTARA PROGRAM ADALAH "KEM CINTA AL-QURAN" PADA 25 - 26 OGOS 2009
DI INSTITUT TAHFIZ AL QURAN (ITQAN) GEMENCHEH, NS.
  • "KEMBARA RAMADHAN" PADA 8 - 9 SEPT 2009
DI KOMPLEK FALAK ALKHAWARIZMI, MELAKA.
  • DURUS RAMADHAN SETIAP HARI JUMAAT DI SEPULUH MASJID TERLIBAT
  • MAJLIS KHATAM / PENUTUP SEMARAK RAMADHAN AKAN DIADAKAN
DI MASJID JAME' GEMENCHEH. TARIKH BELUM DITETAPKAN LAGI.
  • PROGRAM INI JUGA DISEMARAKKAN DENGAN KAIN-KAIN RENTANG DAN 'BUNTING'
YANG DI TULIS DENGAN AYAT-AYAT AL QURAN, HADITH DAN KATA-KATA HIKMAH.
  • MARHABAN YA MARHABAN!!
BULAN PENUH BARAKAH,
SEMARAKKANLAH DENGAN IBADAH.
  • " SEANDAINYA UMATKU MENGETAHUI
KEISTIMEWAAN RAMADHAN, PASTI MEREKA
MENGHARAPKAN SEMUA BULAN MENJADI
RAMADHAN "
( HADITH ).
  • PERBANYAKKANLAH BERSEDEKAH, BERZIKIR DAN
MEMBACA AL QURAN PADA BULAN RAMADHAN INI.
  • POSO DULU ... BARU GHAYO

02 Ogos 2009

BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT




BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT UNTUK PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN DATO' ABDULLAH YANG AKAN MENGAMBIL PEPEREKSAAN UPSR PADA TAHUN INI TELAH DIADAKAN DIMASJID INI PADA 30.07.2009. SERAMAI 88 ORANG PELAJAR TERLIBAT. HADIR SAMA ADALAH DIKALANGAN IBU BAPA DAN PENJAGA PELAJAR. TURUT HADIR GURU BESAR PUAN HAJAH NAPSIAH, YDP EN GHAZALI ARSHAD DAN JUGA GURU-GURU DARI SKDA. PROGRAM INI TELAH DIADAKAN SEJAK BEBERAPA TAHUN SEBELUM INI. INI ADALAH MERUPAKAN DOA DAN HARAPAN TERAKHIR SEBELUM PELAJAR-PELAJAR INI MASUK KEDALAM DEWAN PEPEREKSAAN. SEMOGA SEMUA PELAJAR INI AKAN MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG.




29 Julai 2009

KULIAH SUBUH



KULIAH SUBUH TELAH DIJALANKAN DI MASJID INI SEJAK DUA
TAHUN DULU LAGI. TUAN GURUNYA IALAH USTAZ ZAMANI,
PENGETUA INSTITUT TAHFIZ ALQURAN GEMENCHEH (ITQAN).
KULIAH INI DIADAKAN SETIAP MINGGU PADA
HARI AHAD SELEPAS SOLAT SUBUH.

CERAMAH ISRAK MIKRAJ




















CERAMAH SEMPERNA SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ TELAH DIADAKAN PADA 25.07.2009,
3 SYAABAN 1430H. PENCERAMAH JEMPUTAN ADALAH USTAZ JOHARI BIN MOHAMAD SALEH DARI MAHAAD TAHFIZ JASIN, MELAKA