25 Februari 2010

MAULIDUR RASUL 1431H

Sambutan Maulidur Rasul membawa umat Islam kepada rasa kesyukuran di atas rahmat yang amat besar dikurniakan oleh ALLAH s.w.t kepada kita kerana kelahiran Baginda, kenabian dan kerasulannya membawa petunjuk kepada manusia untuk mentauhidkan ALLAH s.w.t. Oleh yang demikian, menolak sambutan Maulidur Rasul dengan alasan-alasan yang tidak dapat diterima akal yang waras merupakan hujah dangkal yang tidak bersandarkan kepada asas kefahaman Islam yang jitu.

Firman ALLAH di dalam al-Quran :

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ

Maksudnya : “Dan tiadalah Kami mengutus kamu Muhammad, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam”. (Al-Anbiya’: 107).

MENGAMALKAN AKHLAK RASULULLAH.

Islam merangkumi tiga aspek penting iaitu akidah, syariat dan akhlak. Kejayaan dakwah Rasulullah s.a.w adalah kerana kehebatan akhlak Baginda. Justeru secara peribadi, saya berpendapat, keperibadian dan akhlak Baginda sebagai satu sunnah yang wajib diamalkan. Firman ALLAH s.w.t di dalam al-Quran;

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” (surah al-Ahzaab ayat 21).

Ketinggian akhlak Baginda telah diketahui dan diakui oleh masyarakat arab jahiliyyah. Kerana itulah Baginda digelar al-Amin. Sifat lemah lembut, siddiq dan amanah yang ada pada diri Rasulullah s.a.w jugalah yang memikat hati Saidatina Khadijah.

Kerana sifat siddiq inilah, para sahabat Baginda menerima seruan dakwah dan kebenaran agama Islam. Kerana melihat kepada kemuliaan akhlak Baginda juga, maka golongan Aus dan Khazraj bertemu Rasulullah s.a.w lalu menawarkan Yathrib sebagai tempat tinggal yang baru. Lantas berlakulah peristiwa Hijrah yang menjadi titik permulaan kepada terbinanya sebuah negara Islam. Yathrib akhirnya ditukar nama menjadi Madinah al-Munawwarah (Bandar bercahaya).

Ketika berlakunya peristiwa Futuh Mekah, Rasulullah s.a.w bertanya kepada penduduk Mekah;

“Wahai orang-orang Quraisy menurut pendapat kamu apa yang akan kuperbuat terhadap kamu sekarang ?”. Mereka menjawab :” Yang baik-baik, saudara yang pemurah, sepupu yang pemurah”. Dan dengan penuh sikap pemaaf Rasulullah SAW bersabda : “Pergilah kamu sekalian, kamu sudah bebas”.

Lihatlah kepada jawapan penduduk Mekah itu. Jawapan tersebut jelas memuji dan mengakui betapa agungnya akhlak Rasulullah s.a.w.

Di dalam surah al-Qalam, ALLAH Azza Wa Jalla berfirman;




وَإِنَّكَ لَعَلى خُلُقٍ عَظِيمٍ

“Dan sesungguhnya kamu(Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung”. (Al-Qalam: 4).

Rasulullah juga pernah bersabda;

إنما بعثت لأتم صالح الاخلق

”Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang soleh”. (HR: Bukhari dalam shahih Bukhari kitab adab, Baihaqi dalam kitab syu’bil Iman dan Hakim).

Soalnya kini, bagaimana untuk kita mengakui diri sebagai umat Muhammad bin Abdullah s.a.w andai akhlak kita tidak mencerminkan kemuliaan peribadi Baginda? Layakkah kita dinamakan sebagai umat Rasulullah s.a.w jika tidak berakhlak baik?

Bukankah Muhammad bermaksud ‘Yang Terpuji’? Justeru, untuk menjadi umat Muhammad, kita mestilah memiliki akhlak yang terpuji yaitu dengan mempraktikkan akhlak Baginda s.a.w.

Seperti yang saya nyatakan tadi, Islam merangkumi aspek akidah, syariat dan akhlak. Untuk itu, marilah kita pastikan akidah kita lurus, pelaksanaan syariat kita lurus dan pastikan akhlak kita juga lurus.

Sekian buat renungan kita bersama. Sesungguhnya segala yang baik datangnya dari ALLAH s.a.w dan kesilapan itu datangnya dari kelemahan diri sendiri. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, rahmat sekalian alam. Wallahu’alam.

17 Februari 2010

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

PIHAK MASJID JAMEK AKAN MENGADAKAN
KURSUS PENGURUSAN JENAZAH
UNTUK LELAKI DAN WANITA PADA 28.02.2010. (AHAD)
KURSUS AKAN BERMULA DENGAN PENDAFTARAN
PESERTA PADA JAM 8.00 PAGI DAN AKAN
BERAKHIR SEBELUM SOLAT ZUHUR.
KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR
UNTUK MENGIKUTI KURSUS TERSEBUT.
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI
NAZIR DI TALIAN 019 3603102

10 Februari 2010

BICARA SUFI

BICARA SUFI
@BALAI KEDIAMAN RASMI
TUNKU BESAR TAMPIN
TEMPAT:
BALAI KEDIAMAN RASMI
TUNKU BESAR TAMPIN
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
TARIKH:
6HB FEBRUARI 2010 (SABTU)
BERSAMAAN 1431H.
ANJURAN:
JABATAN MUFTI KERAJAAN NEGERI SEMBILAN
BALAI KEDIAMAN RASMI YTM TUNKU BESAR TAMPIN.
TAZKIYAH AL-NAFS
DALAM
ILMU TASAWUF
OLEH:
DATO' HJ MOHD MURTADZA BIN HJ AHMAD
ANGGOTA JILSAH AL TURUQ ALSUFIYAH
MANTAN MUFTI KERAJAAN NEGERI SEMBILAN.
MODERATOR:
YBHG USTAZ MOHD ZAIDI BIN RAMLI
KETUA PENOLONG PENGARAH
BAHAGIAN PERKAHWINAN DAN PEMBANGUNAN KELUARGA
JAWI.

02 Februari 2010