05 Mei 2009

PENDAWAIAN SEMULA ELEKTRIK

MASJID JEMEK TELAH MENDAPAT PERUNTUKAN KERJA-KERJA PENDAWAIAN SEMULA BEKALAN ELEKTRIK DARI JKR LETRIK NS BERJUMLAH RM40,000.00.
KERJA-KERJA TELAH DIMULAKAN PADA 27.04.2009 OLEH KONTRAKTOR YANG TELAH DI LANTIK IAITU:
TAKUK ENTERPRISE
NO. 4, KEDAI MDT,
TAMAN DESA PERMAI REPAH,
73000 TAMPIN, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

MAJLIS PERKAHWINAN ANAK IMAM 1



Fungsi Masjid bukan saja digunakan untuk sembahyang berjemaah, kuliah dan ceramah agama tapi ia juga perlu dijadikan sebagai pusat komuniti setempat. Fungsi masjid dipelbagaikan selaras dengan kehendak agama.


Imam 1 , Roslee Bin Zakaria, 48 tahun memulakan tradisi dengan mengadakan majlis perkahwinan anak sulung beliau, Mohd Ikhmar, 20, bersama pasangannya Norhanita Binti Juri, 19, di perkarangan masjid pada 03.05.2009 dengan penuh meriah sekali.


Majlis Perkahwinan tersebut dijalankan dalam suasana gotong royong diantara ahli kariah masjid yang terdiri dari Kampung Gemencheh Lama dan Kampung Jelawai atau lebih dikenali sebagai Gemencheh 2. Ahli kedua-dua kampung dalam kariah Masjid Jamek ini mula bergotong royong dari selepas Solat Jumaat pada 01.05.2009, memasang kemah, menyusun kerusi meja. Pada petang 02.05.2009 bersama-sama memotong daging lembu dan ayam. Bersama-sama memasak pada pagi 03.05.2009 sehingga lah majlis kenduri selesai kira-kira jam 4.00 petang.


Solat Zohor berjemaah. Majlis Perkahwinan ini juga diserikan dengan persembahan kumpulan nasyid dari ITQAN Gemencheh (Institut Tahfiz Al Quran)