09 November 2011

IBADAH QURBAN 1432H


























































SEMPENA DENGAN HARI RAYA AIDILADHA YANG TELAH DISAMBUT PADA HARI AHAD 06.11.2011 BERSAMAAN DENGAN 10 ZULHIJJAH 1432H, SEPERTIMANA TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA MASJID JAMEK GEMENCHEH TELAH MENGADAKAN SEMBELIHAN QURBAN. TAHUN INI SEBANYAK 7 EKOR LEMBU DAN 2 EKOR KAMBING TELAH DIKORBANKAN. BINATANG-BINATANG BERKENAAN ADALAH HASIL SUMBANGAN INDIVIDU DAN SECARA BERKUMPULAN.



PENDUDUK KAMPUNG TERDIRI DARI ANAK MUDA HINGGA DEWASA SAMA-SAMA MELAKSANAKAN KERJA-KERJA DARIPADA MENAMBAT LEMBU HINGGA KE KERJA MENGAGIHKAN DAGING QURBAN. SEMUA AGIHAN DAPAT DISELESAIKAN JAM 12.30 TENGAH HARI.


IBADAH QURBAN MERUPAKAN SATU PENGABDIAN DAN PENGORBANAN HAMBANYA KEPADA ALLAH.

25 Oktober 2011

GOTONG ROYONG

GOTONG ROYONG DIKAWASAN DAN DALAM MASJID TELAH DIADAKAN PADA 22.10.2011 JAM 3.00 PETANG.

PROGRAM INI MELIBATKAN AJK MASJID, JKKK GEMENCHEH LAMA, JKKK JELAWAI DAN JUGA PENDUDUK KARIAH MASJID. KIRA-KIRA 50 ORANG HADIR PADA PETANG TERSEBUT.

MEREKA TELAH MEMBERSIHKAN KAWASAN DALAM MASJID DAN JUGA KAWASAN LUAR. GOTONG ROYONG INI SEBAHAGIAN DARIPADA AKTIVITI MASJID DAN JUGA SEMPENA DENGAN KEDATANGAN AIDILADHA YANG TAK BEBERAPA HARI LAGI.

20 Oktober 2011

PROGRAM OLEK SEKAMPUNG































PROGRAM INI TELAH DIADAKAN DIPERKARANGAN MASJID JAMEK GEMENCHEH PADA 02.07.2011. IA BERTUJUAN UNTUK MENGERATKAN LAGI SILATULRAHIM ANTARA SEMUA AHLI KARIAH MASJID YANG TERDIRI DARI KAMPUNG GEMENCHEH LAMA DAN JUGA KAMPUNG JELAWAI.

AJK MASJID JAMEK, JKKK GEMENCHEH LAMA, JKKK JELAWAI, UMNO CAWANGAN DAN SEMUA AHLI KARIAH TERLIBAT SAMA MENJAYAKAN PROGRAM INI. BERMULA DARIPADA PERSIAPAN HINGGA KE AKHIR MAJLIS.

PROGRAM BERMULA JAM 8.00 PAGI DAN SELESAI DENGAN MAKAN TENGAH HARI. MAKANAN DISEDIAKAN SECARA BERGOTONG ROYONG OLEH PENDUDUK KAMPUNG.

SELAIN ACARA SUKAN, PAMERAN DAN PENERANGAN DARIPADA JABATAN-JABATAN KERAJAAN DI DAERAH TAMPIN JUGA TELAH DIADAKAN PADA HARI TERSEBUT. ANTARA YANG TERLIBAT ADALAH MAJLIS DAERAH TAMPIN, JKR, PEJABAT DAERAH, BOMBA, AADK, RELA, PDRM, TABUNG HAJI, SPR, BAHAGIAN PENGUATKUASA JHEAINS, BAITULMAL, PUSAT ZAKAT, PUSAT KAUNSELING JHEAINS, JABATAN PERTAHANAN AWAM DAN SYARIKAT TAKAFUL.

PADA HARI TERSEBUT, JABATAN PERTAHANAN AWAM TELAH MENGADAKAN PERTUNJUK ULAR. SEHARI SEBELUM ITU ADDK DAN JABATAN BOMBA TELAH MENGADAKAN GOTONG ROYONG BERSAMA PENDUDUK DI KAWASAN MASJID.

MAJLIS TELAH DISERIKAN LAGI DENGAN KEHADIRAN ADUN GEMENCHEH, DATO' MOHD KAMIL BIN ABD AZIZ.

PADA SEBELAH MALAMNYA TELAH DIADAKAN CERAMAH ISRAK MIKRAJ OLEH USTAZ AHMAD AZAHARI BIN TALIB PENOLONG PENGARAH DI UNIT PENDIDIKAN JEHAINS.

SEMOGA DENGAN PROGRAM INI AKAN MENAMBAHKAN LAGI KEMESRAAN PENDUDUK KARIAH MASJID INI.

11 Mei 2011

MAJLIS SUMBANGAN BANTUAN









MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN BANTUAN TAHUNAN UNTUK JKKK, BADAN-BADAN DAN PERTUBUHAN NGO DALAM DUN GEMENCHEH TERMASUK MASJID JAMEK GEMENCHEH TELAH DIADAKAN DI BALAI RAYA SERI GEMENCHEH PADA 11.05.2011

MAJLIS TERSEBUT TELAH DISEMPURNAKAN OLEH ADUN GEMENCHEH DATO' MOHD KAMIL BIN ABD AZIZ.

TURUT MENERIMA SUMBANGAN TERDIRI DARI INSTITUT TAHFIZ ALQURAN GEMENCHEH DAN PIBG DARI BEBERAPA BUAH SEKOLAH SEKITAR DUN GEMENCHEH

26 Mac 2011

IMAM 1 TUNAI UMRAH

IMAM 1, MASJID JAMEK GEMENCHEH, ENCIK ROSLEE BIN ZAKARIA AKAN PERGI MENUNAIKAN UMRAH PADA 27.03.2011 SEHUBUNGAN DENGAN ITU, BACAAN YASSIN DAN TAHLIL TELAH DIADAKAN DI MASJID PADA MALAM JUMAAT 24.03.2011. SEMOGA BELIAU SELAMAT PERGI DAN DAPAT MENUNAIKAN UMRAH DENGAN SEMPURNA DAN SELAMAT PULANG KE TANAHAIR.