05 April 2009

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1430H




Majlis sambutan CERAMAH PERDANA MAAL HIJRAH Peringkat DUN Gemencheh telah diadakan pada 10.01.2009 di perkarangan Masjid Jamek Gemencheh selepas Solat Isyak. Penceramah jemputan adalah Dr Syarifah Hayati Binti Syed Ismail dari Pusat Pengajian Islam Universiti Malaya, Saudara Ann Wan Seng, Setiausaha Kehormat Persatuan Cina Muslim Malaysia. Moderator pada malam tersebut pula adalah Ustaz Zulkarnaen Bin Hitam, Guru Penolong Kanan MAAHAD AHMADI Gemencheh.

Turut hadir Dato Mohd Kamil Bin Abd Aziz, ADUN Kawasan Gemencheh. Kira-kira 600 orang telah hadir bersama-sama mendengar ceramah berkenaan.

Pada malam tersebut juga telah dilancarkan tabung DANA KEMANUSIAN PALESTIN membantu rakyat Palestin yang telah diserang oleh Israel. Sejumlah RM1820.00 berjaya dikumpulkan. Selain kutipan tersebut, kutipan ketika solat Jumaat berjumlah RM200.00 juga diserahkan kepada tabung ini. Hasil kutipan segera itu di serahkan oleh Dato Mohd Kamil Bin Abd Aziz kepada Ketua Biro Berita Harian Negeri Sembilan, Ziauddin Sharuddin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan