Fungsi Masjid bukan saja digunakan untuk sembahyang berjemaah, kuliah dan ceramah agama tapi ia juga perlu dijadikan sebagai pusat komuniti setempat. Fungsi masjid dipelbagaikan selaras dengan kehendak agama.
Imam 1 , Roslee Bin Zakaria, 48 tahun memulakan tradisi dengan mengadakan majlis perkahwinan anak sulung beliau, Mohd Ikhmar, 20, bersama pasangannya Norhanita Binti Juri, 19, di perkarangan masjid pada 03.05.2009 dengan penuh meriah sekali.

Solat Zohor berjemaah. Majlis Perkahwinan ini juga diserikan dengan persembahan kumpulan nasyid dari ITQAN Gemencheh (Institut Tahfiz Al Quran)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan