MASJID JAMEK GEMENCHEH TELAH PUN MENERIMA VAN JENAZAH SUMBANGAN DARIPADA SYARIKAT TELEKOM MALAYSIA PADA 18.05.2010 YANG DI BAWA BALIK DARI SHAH ALAM.
MAJLIS PELANCARAN RASMI VAN INI TELAH DISEMPURNAKAN OLEH ADUN GEMENCHEH DATO' MOHD KAMIL BIN ABD AZIZ PADA 22.05.2010
SELAIN MAJLIS PELANCARAN VAN TURUT DIADAKAN JUGA MAJLIS GOTONG ROYONG PERDANA. KERJA-KERJA DIJALANKAN DISEKITAR KAWASAN MASJID DENGAN DIHADIRI OLEH AHLI KARIAH MASJID TERDIRI DARIPADA PENDUDUK GEMENCHEH LAMA DAN JUGA KAMPUNG JELAWAI. DIHARAPKAN SEMANGAT YANG TELAH DITUNJUKKAN HARI INI AKAN BERTERUSAN DIMASA-MASA AKAN DATANG.
SELAIN MAJLIS TERSEBUT TURUT DIADAKAN MAJLIS PELANCARAN LAMAN BLOG MASJID JAMEK GEMENCHEH DAN JKKK GEMENCHEH LAMA. BLOG MASJID TELAH PUN DITERBIT PADA BULAN APRIL 2009 MANAKALA BLOG JKKK GEMENCHEH LAMA PADA BULAN APRIL 2010.
SEBAGAI PENUTUP MAJLIS, TELAH DIADAKAN CABUTAN NOMBOR BERTUAH. SENBANYAK 15 HAMPER TELAH DISEDIAKAN SUMBANGAN DARI UMNO CAWANGAN GEMENCHEH LAMA. IA DIADAKAN SEBAGAI TARIKAN AGAR LEBIH RAMAI DATANG KE MAJLIS INI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan