25 Mei 2010

PERTEMUAN NAZIR-NAZIR DAN PENGERUSI JKKK BERSAMA TUAN DO

SATU PERTEMUAN SEMUA NAZIR-NAZIR DAN PENGERUSI JKKK DALAM DAERAH TAMPIN BERSAMA DENGAN PEGAWAI DAERAH TELAH DIADAKAN PADA HARI INI DI BILIK MESYUARAT PEJABAT DAERAH.

ANTARA ISU-ISU YANG DIBANGKITKAN ADALAH BERKENAAN KHATIB LITAR YANG DICADANGKAN OLEH PEJABAT AGAMA ISLAM TAMPIN. KESEMUA NAZIR-NAZIR TIDAK BERSETUJU UNTUK MEMBAYAR SAGUHATI RM50.00 KEPADA KHATIB BERKENAAN.

JUGA DIPERSETUJUI SUPAYA PEJABAT AGAMA MENGADAKAN MESYUARAT PENGURUSAN DENGAN NAZIR-NAZIR SEKURANG-KURANGNYA DUA BULAN SEKALI.

BANYAK PERSOALAN TELAH DITIMBULKAN TETAPI WAKIL PEJABAT AGAMA ISLAM TAMPIN TIDAK ADA. MEREKA HANYA DIWAKILI OLEH DUA ORANG KAKITANGAN UNTUK MENCATIT APA YANG DITIMBULKAN DIDALAM MESYUARAT BERKENAAN.

BERKAITAN DENGAN PEMBANGUNAN MASJID, NAZIR-NAZIR DIMINTA SUPAYA MENGHANTAR PERMOHONAN KE PEJABAT DAERAH TAMPIN, DI BAHAGIAN PEMBANGUNAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan